Isnin, 1 Oktober 2012

Piala Sultan Selangor kembali ke Selangor.


Selangor mengakhiri penantian tiga tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11 selepas menewaskan Liga Singapura XI 3-1 di Stadium Shah Alam.

Selangor telah memulakan perlawanan dengan baik dengan melancarkan beberapa asakan di hadapan lebih 65, 000 penonton di gelanggang sendiri.

Selangor yang diperkuat dengan kehadiran Safee Sali serta 2 pemain import dari pasukan Selangor PKNS , Helmi Louusaief dan Michael Nicoise.

Pasukan Liga Singapura yang dibarisi oleh pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Singapura tanpa kelibat seorang pun pemain dari pasukan Lion XII yang bakal beraksi dalam suku akhir kedua Piala Malaysia 2012.

Selangor mengasak terlebih dahulu ke kubu petahanan lawan menerusi Safee Sali yang melakukan percubaan pertama seawal minit ke-4 tetapi telah tersasar.
Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi hampir mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol.

Pemain Singapura, Aleksandar Duric yang berumur 42 tahun berjaya meletakkan Liga Singapura XI 1-0 di hadapan pada minit ke-23.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri Yahya di kotak penalti terhukum apabila pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan , Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun.

Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi gawang lawan pada minit ke-54.

Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila pemain yang di pinjam dari pasukan Sabah FA , Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus menutup tirai perlawanan dengan 3-1.

Jumaat, 28 September 2012

Cara memilih Kasut Bola @ Futsal .


Salah satu elemen yang paling penting ketika bermain futsal atau bola sepak adalah kasut. Tanpa kasut yang berkualiti @ 'stylo' anda tidak mampu untuk men'dribble' seperti Suarez ketika menggolek-golek 4 pertahanan Man Utd, menahan bola seperti Pastore, mengimbang-imbang seperti Ronaldinho, merembat seperti Tevez dan menangkap bola seperti David De Gea…..

Sat ! Sat !! Tangkap bola pun kena pakai kasut ke ????


Jenama NIKE


Jadi, di sini admin ingin memberikan sedikit tips, bagaimana cara untuk memilih kasut  yang sesuai dengan kaki korang iaitu :

Khamis, 27 September 2012

Selangor dan Pahang menang suku akhir pertama.



Impian Selangor untuk merealisasikan misi memburu kejuaraan Piala Malaysia ke-33 hampir tercapai apabila menumpaskan Johor FC 3-1 pada saingan suku akhir pertama di Stadium Pasir Gudang. 

Skuad gergasi merah terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi ketua pasukan Safiq Rahim.

Pemain tengah Selangor Bunyamin Umar kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-20.

Selangor menambah duka pasukan tuan rumah dengan gol ketiga hasil jaringan penyerang berbisa Mohd Amri Yahyah pada minit ke-24.

Gol saguhati Johor FC dijaringkan Mohd Akmal Mohd Nor pada minit ke-52.

Skuad gergasi merah, bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-65 apabila Bunyamin diarah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Bunyamin sebelum itu menerima kad kuning pertama selepas mengasari Mohd Akmal pada minit ke-13 sebelum menerjah keras Mohd Airulridzwan Razali untuk kad kuning kedua.



Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, tuan rumah Pahang mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan Lions XII dari Singapura.

Skuad Tok Gajah membuka jaringan seawal minit kesembilan apabila rembatan Fauzi Rozlandi dalam kotak penalti gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan yang memudahkan pemain import tuan rumah, Maycon Calvalho menolak masuk bola ke dalam gawang.

Namun, kegembiraan Pahang tidak kekal lama apabila Lions XII berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-20 hasil rembatan dari luar kotak penalti oleh Safirul Sulaiman.

Sebaik permainan bersambung, skuad bimbingan Dollah Salleh menceriakan   kira-kira 10,000 penyokongnya menerusi gol kedua pada minit ke-76 hasil ledakan Hafiz Kamal dari luar kotak penalti.





Shukri Khalid ..

Isnin, 17 September 2012

Piala Malaysia 2012 (Selepas 6 perlawanan peringkat kumpulan)

Keputusan Penuh Selepas 6 Perlawanan Piala Malaysia 2012



KUMP A
Johor FA 2-0 PKNS
Lions XII 0-0 Johor FC

KUMP B
Kelantan 6-1 Terengganu
ATM 2-2 Kedah

KUMP C
N.Sembilan 1-1 Felda Utd
Perak 2-0 Sime Darby


KUMP D

T-Team 3-2 Pahang
Selangor 2-0 Sarawak



Kedudukan kumpulan selepas tamat 6 perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012 :
* Pasukan berwarna biru layak ke suku akhir Piala Malaysia 2012.



Jadual suku akhir pertama 28/09/2012 (Jumaat)


Pahang vs LionsXII
Felda United vs Kelantan
ATM vs N.Sembilan
Johor FC vs Selangor

Jadual suku akhir kedua 5/10/2012 (Jumaat)

LionsXII vs Pahang
Kelantan vs Felda United
N.Sembilan vs ATM
Selangor vs Johor FC



Shukri Khalid ..

Ulasan Positif Selepas Malaysia Tewas.

'Admin' tertarik dengan ulasan 'admin page' Ubola Network terhadap pasukan Harimau Malaya.

* Maklumat dari facebook sehari selepas Malaysia tewas 2-0 kepada Vietnam



Ubola Network · 19,800 like this.
7 hours ago · 
  • Sebenar benar benar benarnyaaaaaa... Kita tersangat bertuahh dalam game tadi. Vietnam banyak ajar kita tentang taktikal. Short pass, tiada long pass, switch player, control bola, defensive line yg agak mantopp, dan banyak lagi. Rajagobal kena kaji balik corak permainan Vietnam. Apa salahnya serapkan sedikit taktikal Vietnam kedalam skuad negara kan. Yeahhhh.. Aku yakin AFF 2012 nnti Malaysia akan turun dgn strategi dan taktikal Rajagobal yg baru. !!!
     ·  · 

Sementara itu dalam 1 lagi perlawanan persahabatan antarabangsa , Vietnam seri 0-0 dengan Indonesia pada 12 September yg lalu di Jakarta.

* Pendapat 'admin' :

Kekalahan Malaysia ini ibarat 'wake cup call ' untuk skuad Rajagopal bahawa jangan terlalu selesa dengan pasukan Harimau Malaya sekarang.
Biar kalah dalam perlawanan persahabatan sekarang supaya tidak kalah dalam perlawanan kompetitif nanti terutamanya Piala AFF Suzuki dlm masa 3 bulan dari sekarang.

Kesimpulannya , teruskan semangat menyokong pasukan Malaysia dan berikan kritikan yang positif,bukannya kritikan negatif dan kutukan ibarat melepas geram..

Akhir kata ,

Jika tak mampu menyokong ketika kalah~

Jangan bersorak ketika menang~






Shukri Khalid ..

Soccer Ball